Friday, 19 August 2016


MODEL-MODEL RXZ

RXZ BOSCH

RXZ pada zaman dahulu terkenal, malah sejak berlakunya perubahan generasi Y iaitu peubahan moden pada zaman ini RXZ makin dicari-cari oleh ramai masyarakat terutamanya remaja-remaja yang giat bermain motosikal. RXZ BOSCH iaitu sebuah model lama yang memiliki berbagai warna yang menarik dan kelajuan yang boleh mencapai 180 km/j.


RXZ CATALYZER

Seterusnya ialah RXZ CATALYZER yang merupakan model kedua yang dikeluarkan selepas keluaran RXZ BOSCH. RXZ CATALYZER ini boleh mencecah kelajuan 180 km/j dan jika diubahsuai ianya boleh lebih laju daripada itu. Model ini memiliki rupa bentuk yang lebih garang berbanding RXZ BOSCH dan lebih kelihatan seperti jerung.





CONTOH BLOK RXZ

Gambar yang terdapat di bawah ini merupakan enjin ataupun carburator model RXZ yang memiliki kuasa kelajuan yang agak laju berbanding model motor yang lain. Jika diubahsuai iainya boleh mencecah kelajuan yang melebihi 180km/j.







MODEL -MODEL YAMAHA 125ZR

SEJARAH 125Z & 125ZR
- Generasi pertama keluaran terbaru YAMAHA ialah 125Z yang dikeluarkan pada tahun
1999. Model pertama ini mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga Syarikat Yamaha mengeluarkan keluaran model kedua iaitu Yamaha 125ZR. Model kedua ini juga mendapat sambutan yang amat memberangsangkan sehingga kehabisan stok. Ciri-ciri motosikal yang menarik dengan gaya yang tersendiri. Kelajuannya mencecah 180km/j dan jika diubahsuai menjadikan ianya lebih laju.


YAMAHA 125 Z SET MERAH SKALA
125 Z merupakan keluaran pertama bagi ataupun first model yang dikeluarkan sejak pada tahun 1999. Setelah berlakunya peredaran masa, motor ini telah digelarkan sebagai LIMITED EDITION kerana sudah tiada pengeluarannya di pasaran pada masa kini. Model ini boleh mencapai kelajuan 180km/j dan jika diubahsuai, ianya boleh pergi melebihi kelajuan yang ditetapkan. Pada zaman ini, barang-barang yang terdapat pada motor ini sering menjadi rebutan anak-anak muda ataupun remaja zaman sekarang.




YAMAHA 125ZR SET BIRU GP

Seterusnya ialah 125ZR yang merupakan keluaran kedua dengan rupa dan gaya yang lebih menarik dan dengan bahasa remaja kini 'market'. Dengan keluaran baru ini banyak menarik minat remaja masa kini yang giat bermotosikal. Motor keluaran terbaru ini mewarna sport rim yang sama dengan warna motor dan dicari-cari pada masa kini. Kelajuannya juga boleh mencecah 180km/j sama seperti model pertama. 




MODEL - MODEL KAWASAKI RR 150


SEJARAH KAWASAKI RR

Kawasaki RR 150 yang merupakan keluaran terkini kawasaki yang mempunyai cc hanya 
150 cc sahaja malah boleh pergi selaju 220km/j. Keluaran model ini sebagai simbolik bahawa Kawasaki bukan sahaja mengeluarkan model superbike yang berkelajuan malah boleh juga mengeluarkan motor 2 stroke yang menggunakan 2T. 




KAWASAKI RR 150 SET STANDARD

KAWASAKI RR 150 Set Standard merupakan motor keluaran pertama 2 stroke yang dikeluarkan oleh syarikat Kawasaki. Kelajuannya boleh mencecah 220km/j dan jika diubahsuai boleh mencapai kelajuan yang lebih laju. Selain dari warna merah seperti rajah di atas, terdapat juga pelbagai warna iaitu warna hijau, biru dan hitam.




KAWASAKI 150 SET INDON

KAWASAKI RR 150 Set Indon merupakan jenis motosikal yang sama malah diubahsuai dengan set yang lebih menarik dan nampak lebih garang. Disebabkan perubahan bentuk dan gaya yang tersendiri, ianya telah menarik minat lebih ramai penggemar-penggemar motosikal di luar sana. Kelajuannya sama seperti model yang pertama iaitu 220km/j dan jika diubahsuai juga boleh mencapai kelajuan yang lebih tinggi.




KAWASAKI RR 150

KAWASAKI RR 150 SET SUPERKIPS



KAWASAKI RR SET INDON

Wednesday, 10 August 2016

125 ZR Malaysia





 125 ZR Set Hitam

125 ZR Set Biru GP


125 ZR Set Kuning Diraja